SIMPANG PULAI - LATA KINJANG

Monday, May 24, 2010

KUALA KUBU BHARU > BUKIT FRASER > KUALA KUBU BHARU

MTB atau RB boleh join. Seperti kayuhan Cameron Highland, semua tanggung sendiri
Tarikh: 5 Jun 2010 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi
Tempat Berkumpul: Akan diberitahu kemudian
Ayuh! semua dialu-alukan untuk mendaki disamping dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain

Sunday, May 16, 2010

TAPAH-CAMERON HIGHLAND TRIP

Seramai 6 orang darii Batu Gajah Riders menyahut cabaran untuk mendaki ke Cameron Highland bermula dari Tapah. Allhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Bergerak dari pukul 8.15 pagi dan sampai ke Ringlet pada pukul 1.30 petang.Walaupun agak penat, tapi rekod peribadi telah tercipta. Selepas berehat dan makan tengahari group MTB memulakan satu lagi pendakian untuk pekena teh di Cameron Bharat Plantation

Monday, May 10, 2010

KAYUHAN TAPAH - CAMERON HIGHLAND - TAPAH

Kepada Riders yang ingin mengikut serta kayuhan Tapah - Cameron Highland sila berkumpul di:
> Tempat: Masjid Batu 3 Jalan Pahang, Tapah
>Masa: 7.30 Pagi
#JUMPA DI SANA#

TREK TAMAN BOTANI SIMPANG PULAI

Agak merih dengan bilangan yang hampir mencecah 40 orang memasuki trek taman Botani termasuk dari Simpang Pulai, Batu Gajah, Seri Iskandar, Ipoh, Gopeng serta Kuala Kangsar. Oleh kerana trek yang basah kerana hari sebelumnya hujan, terdapat beberapa insiden yang berlaku. Trek menjadi bertambah sukar kerana hujan turun tiba2 semasa kayuhan. Jarak kali ini terpaksa dipendekkan kerana insiden yang berlaku ke atas riders dari SIT. Yang pasti BESTTTTT!
Gambar selebihnya sila lihat di slide

Thursday, May 6, 2010

KAYUHAN TERANG MALAM

2 pengayuh daripada BGR( Batu Gajah Riders) berjaya mengharungi kepekatan malam di kulim dan berjaya menamatkan kayuhan dengan selamat. Tahniah untuk Nizzam dan juga Khalil

Monday, May 3, 2010

KAYUHAN TAPAH-CAMERON HIGHLAND

BGR terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada riders yang ingin turut sama mendaki dari Tapah ke Cameron Highland pada 15/5/10 nanti, Insyaallah.
Untuk makluman, kayuhan ini lebih kepada fun ride dan tidak ada dikenakan sebarang bayaran. Kayuhan ini terbuka kepada semua dan tiada limit begitu juga marshal dan penginapan tidak disediakan oleh pihak BGR. Risiko semasa berkayuh adalah tanggungan sendiri.
Kepada riders yang ingin bermalam di Cameron, terpulang kepada individu untuk mencari penginapan masing-masing kerana kebanyakan daripada kami akan turun semula ke Tapah pada hari yang sama juga dengan berkayuh.
15/5/2010
7.30 am- Berkumpul (tempat akan diberitahu kemudian)
8.00 am- Kayuhan bermula
Pit Stop 1- Lata Iskandar
Pit Stop 2- Shell Ringlet
Pit Stop 3- Tanah Rata
Dijangka sampai ke Tanah Rata pada pukul 1pm

Saturday, May 1, 2010

AKTIVITI HARI BURUH

Sempena cuti hujung minggu dan sempena hari Buruh pada hari ini, seramai 10 riders dari Batu Gajah memasuki trek Botani dari simpang 4 Batu Gajah Kellie's Castle. Hari ni banyak act sebagai cameraman. Jadi gambar sendiri tak banyak. Tak pelah, kawan2 punya pasal, no prob.