SIMPANG PULAI - LATA KINJANG

Monday, May 3, 2010

KAYUHAN TAPAH-CAMERON HIGHLAND

BGR terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada riders yang ingin turut sama mendaki dari Tapah ke Cameron Highland pada 15/5/10 nanti, Insyaallah.
Untuk makluman, kayuhan ini lebih kepada fun ride dan tidak ada dikenakan sebarang bayaran. Kayuhan ini terbuka kepada semua dan tiada limit begitu juga marshal dan penginapan tidak disediakan oleh pihak BGR. Risiko semasa berkayuh adalah tanggungan sendiri.
Kepada riders yang ingin bermalam di Cameron, terpulang kepada individu untuk mencari penginapan masing-masing kerana kebanyakan daripada kami akan turun semula ke Tapah pada hari yang sama juga dengan berkayuh.
15/5/2010
7.30 am- Berkumpul (tempat akan diberitahu kemudian)
8.00 am- Kayuhan bermula
Pit Stop 1- Lata Iskandar
Pit Stop 2- Shell Ringlet
Pit Stop 3- Tanah Rata
Dijangka sampai ke Tanah Rata pada pukul 1pm

No comments:

Post a Comment